Thursday 4 July 2013

tak mintak tapi perlu .

 



hurmmm .. hai readers ...

 harini aku nak cakap pasal blog aku ni haa ..

AKU FRUSTTTTT !! 
FRUST MENONGGENGGGG AKU
DIBUATNYA .

SAYANG HANG BLOG .

ada sapa sapa yang boleh tolong tak ?
aku tak berapa arif dalam dunia ict .
so , aku tak berapa tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan
blog ku cinta muahhhh nii ..

''I NEED YOUR COMENTSSSSSS''
 
about my blog . heheh ..
kalau x boleh coment , hantar je message ,

can you all help me ????
dear blogger ..
kalau ada apa apa competition , i would like to 
sign in .. 

thats all . thanks and please leave your
comment .


CERITA SI NUGGET ,.


haiiii holaaaaa ......ouh my godnesss .. 
i really miss my blog .

okayy ... untuk entry kali ni , aku nak cerita serba sedikit pasal hari kantin kat sekolah
aku pagi tadi . gila dasyat kauuu arh . haha .. tahun ni aku berniaga kot .
kalau tahun sebelum ni aku asyik kawad ja ... tak nak dah laa kawad . nak jaga kulit laa pulak ..
ahahah . buka gerai yang kiut kiut memang best la dengan hujan pulak ...
pengalaman yang tak dapat nak lupa kan lah kan .. aku berniaga apa nak tauuu ??
NUGGET CRUNCHY-CHRUNCHY ..!
hehe .. aku pun dah lupa sebenaqnya nama nugget tu .. nugget tu aku dengan baini pergi beli dengan cikgu
sehari sebelum nak niaga tu . huhhhhh ... ingatkan kena tolong angkat . rupanya tak payah pun .. kesian 
cikgu siap jemput kat hostel lagi youuuu .. sorry cikgu ... heheh .
sebenarnya . aku ingat nak niaga tolong tolong macam tu je . sebab nak lari dari kawad kaki
dengan hari asrama . haha . last last lekat kat gerai tu dari awal sampai habis laa ..

awal gila la kan nak kena masak tu sebab takut tak sempat . kalau budak sekolah korang 10 orang boleh la nak tunggu lama2 . budak sekolah aku ramai kot ... fuhhhh ... penuh lah smkk dibanjiri warga warga yang berpendidikan ... aku dengan geng geng LK dok kalut masak laaa .. nu la . ni laaa ... angkat tu , alih ni . hampaq tu , lap ni ... siap lah cucuk cucuk tu , letak je dalam plastik . 

 tunggu punya tunggu ..

''sapa la pelanggan kita yang first''
entah entah tak de orang tak ??? haaaaaa .... datang dah cikgu sorang ni ..
ingat kan tak nak beli . cikgu cikgu . orang jual dua ringgit lahhh ... dua ringgir 6 ketul atau 2 cucuk .
tapi cikgu ni nak seringgit je ...
nasib baik cikgu . kalau tak ... dah lame kami halau taw ,.. heheh .. sayang aih cikgu .
 ''okay , nah seringgit'' ahaha ...
tengok , baru pelanggan first dah ada karenah .
''NAMPAK TAK PERMAINAN DIA KAT SITU ???''
lepas je cikgu tu datang beli . semua budak budak lain turun dari padang serbu la gerai gerai
yang tak bersalah kat bawah tu haa .. nak tau kerja apa aku buat ??
cucuk nugget kat lidi je . tak reti la masak depan orang ramai ... heheh (alasannn).
nak kata aku tak reti masak lah tu ??? bukan tak reti laaaaa .. takut terlebih masak .
kang hangus ke , hitam ke ? sape yang rugi ?? kite jugak awakkk ...

hahaha .. best giler lagi masa budak budak lelaki kelas aku yang tak berapa nak betul 
tu dah sampai untuk berkhidmat . haihhhhhhh ... riuh rendah macam burung murai .
burung ape ? burung murai ... diorang ni memang dah keep promise nak menolong . so , datang la ..
tapi kena pergi kawad dulu .. takpe lah .. rajin . bukan macam kite ni .
tau nak lari je ., bila  diorang ni sampai je . dah la jadi promoter . bising . haha . tapi tulah yang best gila pokaiiiii arrrrr ..... 

''NUGGET , NUGGET , NUGGETTTTTT !!!!!''
MAI BELI MAI BELI AIIIIIIHHHHH ....

haha .. trade mark lah tu ? habis kaw gerai sebelah ... nak lawan konon ...
choiiiiii ... tengok orang laaaa ...
lawan punya lawan sampai lah habis nugget kami tu ..... cayalahhh .. terbaikkk .
gerai first habis kot ... maju gila lah kelab PSV(pendidikan seni visual) ...

lepas tu ,.. im freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ... habis kerja ...
kemas kemas . aku pun blah ... nasib baik kupon aku dah guna td masa ramai ramai orang kat gerai
aku pegi lah lari kejap nak habiskan kupon ..
tak tau nak beli ape .. asyik makan aiskrim je sampai ke sudah .


then , kami gathered kat dewan . macam macam lagi aktiviti yang boleh buat kat luar dewan tu ..
aku sebenaq nya nak p masuk rumah hantu hampa tau dakk ! tapi .... penuh . beratuq sampai ke tangga bawah . haiiiihhh ... lain kali la nampaknya ... 
aku pun duduk la dekat dalam dewan tuuu .. tengok pengacara majlis tiga suku atas tu memang pecah perut tuggang terbalik lah aku kat bawah nu .. kalau boleh nak gulin gulin .. boleh dok buat sweet atas pentas 
dua dua laki pulak tuuuuu .... hahahha .. tapi pengacara ni memang terbaik lah . tak payah panggil
nabil artis tu . dah ada klon sedia kat smkk .
bila je cabutan bertuah , semua boring je .. tambah tambah aku ni haa .. duduk depan dah .
tapi tak bertuah pun .. hahaha ... tak de rezeki .... 
lepas tu , aku pun jalan jalan dengan si farah tuu ... melilau punya melilau , balik hostel ..

sebab hari itu hari balik ke rumahhhh !!!!
haha .. home sweet home :)
tu je kot entry kali ni ....
 gambar kat bawah ni aku amik kat kawan kawan dalam facebook ,
tak sempat nak bergambor haaa ..
sedih :(


ni la gerai aku  .. tu cikgu sarina dengan amalina (kiri)
 dan asmaniza (kanan)


ni cikgu anas , cikgu sejarah dengan kawan aku
yang aku copy gambar dia ni .



ni gerai sir zanurin . sorry sir , i didn't stop by to
buy your dadih ..



haha ... candit teruk ,...
muka aku comotporeng kat belakang tu .





nampak tak kepulunan nani hisham kat tengah tu .
farah yang bertudung kelabu tu la 
yang dok berkepit dengan aku .



okay bye bye readers .
thanks for spending your time to read by blog :)

Thursday 13 June 2013

SALAM JUMAAT :)


hai pembaca -pembaca blog dan blogger - blogger ..
salam jumaat .. :)

haaa .. akhirnya aku berjaya untuk belajar tentang blog ni . cuma ada la yang aku tak berapa nak 
faham tu .. pakai try ja apa yang ada .. aku harap kepada sesiapa yang baca blog nani noni ni 
akan tertarik dan bagi feedback . i need your comments . aku nak tahu sejauh mana 
aku punya blog ni . kalau korang rasa tak elok ,  insyallah la aku 
update more and more .
sikit sikit laa .. 
hari jumaat ni patut nya orang buat amal ibadat . 
takpa . mari kita sama sama beramal ibadat di dalam blog . hehe .. 

belajar sesuatu yang baru tu bukan amal ibadat jugak ke ?
tapi jangan la sampai lalai .
Ustaz  Azhar Idrus (UAI) cakap , jangan sampai jadi najis dan haram ,.
sebenarnya .. kita boleh minat dan buat macam macam perkara dalam hidup kita ni .
yang penting tidak melanggar syarak dan hukum dalam islam .
selagi kita patuh dan tidak lalai apa salahnya ?
contohnya , jangan lah berfacebook sampai tinggal suruhannya , 
jangan lah main muzik atau dengar muzik sampai lalai .,
jangan lah terlalu obses dengan sesuatu perkara sampai lupa dimana kita berpijak ,
nescaya haram lah perkara yang kita lakukan itu .

itu lah pengetahuan yang aku tahu sikit sikit ..
bak kata UAI , menurut para ulamak ..

haa ... kepada lelaki yang gentleman diluar sana , janganlah
lupa melaksanakan solat jumaat ya .. kalau duduk asrama 
macam sekolah aku , diorang pergi ramai naik bas yang disediakan ke masjid .
yang dah ada motor tu bersyukur la , boleh pergi sendiri . rumah dekat tu , lebih baik berjalan kaki,
lebih sikit pahala tu .. dan berdoalah .
kerana hari jumaat antara  hari yang paling makbul doanya jika kita berdoa .

alamak muslimah kaww ..
macam tulah .. setiap perempuan menginginkan sifat muslimah yang sejati dalam dirinya ,
sifat semula jadi yang lahir dari hati .
begitu juga aku . yang semua orang tahu , 
tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ni ..


itu sahaja entry aku pada hari jumaat ni.. 


SALAM JUMAAT :)
 

cuba selami hari cuti .

hai semua hai hai hai hai :))))) 
lenguh gusi ghenyih kat hampa niii .. heheh , rindu gilaaaa 
kat blog aku ni . walaupun aku tau tak ramai yang follow blog aku ,
takpa lah slow2 . apa orang kata :
"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
aku pun bukan nya free sangat ni . lagipun aku baru je belajar sikit-sikit pasal 
dunia blog ni .. aku harap aku dapat banyak lagi lah petunjuk dari 
blogger lain nahhhh ,..
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .... 
cuti 2 minggu aku haritu tu berlalu macam tu je ...! arghhhh ,.. bila ingat balik rasa macam rugi pulak .
aku tak isi masa lansung nak study for my SPM ..!! aku dapat rasa ...
rasa ....
rasa..
rasa.
apa itu kegagalan .. haha .. seminggu ni aku sekolah . dapat la paper-paper yang membunuhku .
yang membuatkan aku rasa nak terjun bangunan . dah elok sangat kelas aku tu duduk dekat tingkat tiga .
nasib aku ada iman ja yang tak terjun tu . haha (gila ka apa aku nak terjun ?) kalau 'gone' teruih takpa .. ni buat koma pulak , mati aku .. haha . soal jawab la aku dengan orang keliling .
aku ni memang suka merapu eh ?
dah lah nak pegi joging pagi haritu , boleh pulak jatuh basikal ?? pagi pagi buta pulak tu ..
yang nasib malang tu aku nasib baik tu pun aku .. nasib malang tu aku jatuh . nasib baik aku tu tentulah tak de orang nampak . nasib baik la jiran jiran kau tu bangun lambat . huh . patah balik aku dibuatnya . ni semua tahi burung punya pasal ..
hai la burung , kenapa la hang p berak atas sit basikal tu .. tak ke naya aku ni x boleh 
nak duduk ??? bukan aku tanak pegi basuh , aku dah kunci siap pintu dan kunci tinggal dalam rumah .
adik aku pulak , berdengkur tak ingat dunia dah . aku pun dengan confident nak kayuh sambil diri ..
kayuh punya kayuh , shrukkkkkk .. pasiaq la akuuu mandi pagi tu ,.. 
haha ... geram betul aku . last last ketuk pintu ..
"adikk ....?? bukak pintu .."
senyap . sunyi . haha .. maluuuuuu sebenarnye nak bagitau aku jatuh basikal ..
shtttttttttttt .. jangan gtau orang lain nahh :)
sebelum cuti nak habis haritu .. aku dengan akak aku ada la jugak keluar rumah ..
masa pergi kenduri , dia dulu yang ngajak kau posing sini sinun haa ..
aku pun ...
sampai aku dah taktau nak buat muka apa dah haaa ..
haha .. best la jugak , ramai cousin .
the next week tu . akak akak aku ajak pegi main boling . aku yang selalu la
jugak kan menang daripada diorang (perasannnnn ...!)hehe .. okay jelaa ..

 tengok .. tiga beradik jadi tak betul dah
tengah tu .. haha . orang shopping , 
kami posing ..

kesah pulak aku ???

mesti muka aku dengan dia ada .. muka sama tak ?
akak aku tu yang tudung grey .
merah tak akuu ??
haaaaa .. tu je la . journey aku masa cuti dua minggu tu . 
walaupun aku tak book hotel , lepak tepi pantai .
cuti aku tetap dihargai kerana setiap detik dan masa yang diluangkan
adalah bersama keluarga .
okay ... jumpa di entry yang lain ... bye ,,, 
by the way . kalau hampa dah tengok blog aku ni , coment laa .. aku pun tak berapa nak pandai ..
and do follow kays .. thanks for visit my blog :)
-
 

Friday 8 March 2013

entry sementara ???


hai ....
sorry sebab dah lama tak mengupdate entry blog aku  ni .. im trying to give some shines to my blog..
tudiahhh .. speaking terukkk !!! hahaa .. okay2 .. aku edit blog menggunakan tutorial yang disediakan oleh
blogger blogger lain .. huh .. yang paling senang nak cari tutorial2 ni .. blogger cik kak farah la .
memang blog dia cantik . aku pun tak reti sangat nak edit edit
blog ni ..masih dalam proses pembelajaran ..



sebenarnya ........
aku tengah minggu exam niii.... boleh pulok teringat kat blog niii ..
haiiii .. bercinta dengan blog ni payah .. nak tinggal pun sayang ..
aku baru je habis exam bahasa melayu ..
soooo .. exxam first baru nak mula ..tahap ketakutan bagi seorang candidates spm 2013 
memang ada tapi .. tak boleh buatkan kita terus membaca buku dengan berterusan ..

banyak cara nak hilang stress asyik baca je sebenarnye ..
cara yang aku selalu buat ialah :
 1.dengar lagu
2.berbual sebentar
3.tengok tv .. 
4.main game .
5.makan ??

ada orang cakap , baca banyak lupa banyak , baca sikit lupa sikit ??
betul ke ?? ahaha ..
hopefully taklah kan ??


haaaaaa .. kepada calon spm 2013 yg sedang menduduki ujian satu tahun nii ..

GOOD LUCK !







Sunday 10 February 2013

rakyat malaysia dan budi bahasa ..


hai pembaca blog .. harini aku nak cakap pasal APA TANGGAPAN ANDA DENGAN 
BUDI BAHASA ? hehe .. bajett je semua tuu .. tajuk je lebih-lebih .. kat sini , aku nak 
la sentuh sikit pasal orang malaysia dan budi bahasa . korang sedia maklum dari kecil sampai 
besar , kita ada tatacara dan cara hormat org tua dan sayang orang muda . kan ? kan ? kan ?
sekarang susah la kalau nak tengok anak anak muda yang cukup dengan budi bahasa .
tengok paper je muka surat depan dah ada macam  macam berita yang berkaitan dengan 
orang yang tak tahu nak hormat menghormati dan sebagainya .
aku terdetik nak tulis pasal ni pun sebab aku dah kena dan rasa geram sangat . 
contoh la kan : nak naik bas , dengan keadaan yang hujan , main tolak tolak . bukan hanya remaja . 
pakcik pakcik pun ada .. yang lelaki muda jangan cakap laa .. haiiiii , tak gentle lansung ! 
memang la ramai tapi , tak salah kalau kita beratur dan mengutamakan orang yang tua .
kenapa ? TAKUT KENA BERDIRI ATAS BAS ? pastu .. apa guna besi yang disediakan 
untuk dipegang sewaktu berdiri dalam bas ?
masa dah naik bas tu .. sanggup ke korang tengok pakcik@makcik berdiri sebab kalah
berebut nak masuk ikot pintu depan tadi ??? haahhhh ?? huhhh ,, 
kenapa kat tempat lain elok je orang nak beratur naik bas ?? tak perlu lah kita nak terkocoh-kocoh naik
bas . bukan setakat bas . semua perkara yang kita nak buat .. berfikir sebelum bertindak okayyy ???


ambil la iktibar cik abg dan cik kak kat luar sana .. berbudi bahasa dan bersopan santun
amalan kita rakyat malaysia ..
 
hiasilah Malaysia dengan budi bahasa dan kecantikan nilai murni ..
insyaAllah .... kita tak perlu tolak menolak atau terkocoh kocoh apabila menaiki bas :)





Friday 25 January 2013

bila hari itu hari kami ...



good evening semua ... hai pembaca entry blog i yang tak seberapa ni .. 
harini ni aku nak cerita pasal apa eh ?? haaa !! 
aku nak cerita kat korang kerja aku pada hari khamis , iaitu semalam ..
aku keluar dengan kawan - kawan aku yang satu kamar dengan aku ,..
maklimlah ... dapat bantuan rm100 .. heheh , 
tapi ...........  taklah semua , 4 orang daripada ahli kamar(dorm) aku tu je ,
yang lain tak dapat keizinan parents . yang tu takpe lah kan ...
kita kena la jadi anak ayang patuh kat dua ibu bapa .. 
lagipun umur 17 tahun belum lagi boleh rasa dewasa secukupnya .. 



haihhhh ,, lain aku nak cerita , lain pula yang aku taip ..
kawan aku tidur rumah aku plan nak keluar la ...
pada pagi yang indah tu , plan untuk keluar berjalan lancar . cuma ... 
lambat sikit -.- heheh , maklumlah penat on the way balik rumah ..
sampai kat shopping centre tu .. kawan kawan aku tunggu kedatangan lelaki idaman lah .
aku je yang tak .. tunggu punya tunggu .. sampai laa .. tengah fikir nak buat apa ,
datang seorang jejaka kacak (milik orang laa) . aku memusingkan badan aku 360 darjah jugakla .
sampai nak tegulingg guling aku dibuatnye ..


TEKEZUTTTTT GILAAA !!!
 kawan aku semua cakap buat muka cool nani , cooollll .... muka cool ?bukan sebab aku suka lahhhhhh !! 
sebab dia dulu kawan aku , kira rapat lah bagi aku . dia aku taktahu ..
lepas banyak bulan tak okay , tak contact .. 
gaduhhh .. ,macam ni lah jadinya ..
heee ~ so korang jangan gaduh dengan kawan lama lama tauu ..

fuhhhh ! gila hottt masa tu . then , dengan hati resah gundah gulana , plan main boling dipersetujui .
lagi lah hot bila aku balin bola tu masuk longkang yg kering tuu ..
haha ,.. lawak betul ,.. menyampah sebenarnya . sebab aku bila main tak de semangat 
jadi camtu lah .. lepas setengah jam permainan dijalankan lelaki kacak tu pergi ..
aku pun pulihkan mood aku untuk kawan kawan aku lah .. kawan lebih penting meyhh . 
bermulalah saat saat manis berjalan .. 



pergaduhan dilupakan , persahabatan dijalinkan =)
 haaa ... lepastu kitorang pergi tonton cinema .
tahu cerita apa ???
JUVANA LAHHHH .. syok tak ??
gila tak syokkkk .. ada botak , ada syanaz .. hadoiii.. cairrrrrrr ~~~ 
aku sarankan korang tonton lah .. best laaa ..

at the end of the story aku tak boleh cerita .. 

maluuuuu !!!!!!!!!!!!!!!!!! 
semalu yang mungkin .. kalau ada tepung masa tu , 
dah lama aku tempek jadi tepung pastu goreng jadi cucur nani .

apa apa pun terima kasih kepada mereka yang membantu ,

kami enjoy sangat :)




nani dan farah diyana , kawan kegilaan .

 nani dan syazana , kawan sepermainan 
 nani dan amielya fariha , budak sarawak .
slot drama ombak rindu -.-




Thursday 10 January 2013

pengharapan 10A untuk spm ..


hai readers ... !!!
aku rindu gila kat blog aku ni termasuklah kawan2 aku kat luar sana .. korang nak tahu 
sekarang dah tahun 2013 dah .. aku dah jejakkan kaki ke alam peperiksaan terakhir bagi menengah 
atas .. fuhh !! SPM yooo .. aku ambil 10 subjek .. korang mesti cakap aku ni tamak kann ? ahaha ..
tak lah .. yang lebih satu tu seni .. tapi seni nak dapat A bukan senang tau .. ada kerja khusus lah ,
ada kertas dua yg kena lukis2 .. tapi ..yang paling penting tangan kena seni .. hehe ,
aku taklah seni sangat .. bole lah sikit2 .. setakat lakar2 tu .. kawan2 kelas aku ramai target A .
aku dapat target B .. aku tak sedih sebab aku tau aku memang tak berseni pun .. lagipun kelas paling 
relaxing ialah kelas seni lah .. boleh dengar lagu sambil buat kerja2 tu .. banyak benda yang korang bole buat bila ada tangan yang berseni .. so ... jangan la pandang rendah dengan orang yang berseni .. 
hahhhhhh !!! dua lagi subjek yang buat aku nak gila .. sampai terbelit urat2 kat otak aku ni ialah
..... physics and chemistry .. huhu .. kesedihan melanda apabila aku fail pada tahun lepas .. macam mana 
aku nak hadapi masa depan jika aku perlukan ?? cari pusat tusyen ??  tak bolah laa ..
aku budak hostel meyh ... :( 

apa - apa pun TERIMA KASIH CIKGU ...